PM ulas isu semasa kepada 1,500 hadirin dialog 'Nothing2Hide'

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

PM ulas isu semasa kepada 1,500 hadirin dialog 'Nothing2Hide'
6/4/2015 8:56:41 PM

PM ulas isu semasa kepada 1,500 hadirin dialog 'Nothing2Hide'

Datuk Seri Najib Razak. – Foto Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa termasuk mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada kira-kira 1,500 hadirin daripada kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) esok.

Menerusi majlis dialog 'Nothing2Hide' anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Najib akan menjawab semua soalan berhubung isu semasa daripada kira-kira 1,500 hadirin pada majlis itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, berkata sesi dialog sebegitu adalah kali pertama diadakan membabitkan NGO dan tetamu boleh bertanyakan terus soalan kepada Perdana Menteri.

Mengikut Khairul Anwar, forum sebegitu sudah beberapa kali diadakan membabitkan pelbagai pihak lain, justeru kali ini pihaknya berpendapat adalah wajar diadakan pula antara Perdana Menteri dengan NGO.

Katanya, setakat ini pihaknya sudah mendapat pengesahan penyertaan daripada kira-kira 1,500 orang dan kehadiran pada majlis itu adalah berdasarkan jemputan dan pengesahan yang sudah dibuat.

"Kami juga yakin bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan datang berdasarkan Tweet pengesahan kehadiran beliau daripada seorang wartawan.

"Kami anggap perkara itu benar kerana jika tidak, mungkin ada pemberitahuan sebaliknya," katanya kepada BH Online.

Mengulas atur cara majlis itu, Khairul Anwar berkata, Perdana Menteri dijangka memberi huraian mengenai isu semasa dalam 20 minit pertama sebelum majlis dikendalikan pemudah cara untuk menguruskan soalan daripada hadirin, mungkin termasuk daripada Dr Mahathir.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PM ulas isu semasa kepada 1,500 hadirin dialog 'Nothing2Hide'"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info