Singapura dakwa kapal ditahan Malaysia dalam perairannya

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Singapura dakwa kapal ditahan Malaysia dalam perairannya
5/29/2015 2:56:14 AM

Singapura dakwa kapal ditahan Malaysia dalam perairannya

ANGGOTA Jabatan Perikanan Malaysia memeriksa bot pukat tunda yang berdaftar di Singapura yang telah disita dalam operasi pemantauan dan pengawasan Zon Selatan Pantai Timur di Pusat Pengembangan Perikanan Tanjung Sedili. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

SINGAPURA: Singapura menyuarakan kegusaran dengan Malaysia berhubung tindakan negara menahan kapal perikanan berdaftar di Singapura yang republik itu dakwa berada dalam perairannya semasa pertama kali dihampiri pihak berkuasa Malaysia.

Stesen televisyen Channel NewsAsia (CNA) memetik Pihak Berkuasa Agro-Makanan & Veterinar Singapura AVA) sebagai mengesahkan insiden itu pada Khamis dan menyatakan Singapura telah menghubungi pihak berkuasa Malaysia.

CNA memetik jurucakap AVA sebagai berkata, kapal perikanan itu yang memiliki lesen AVA, SMF1195, dan empat kru ditahan kerana didakwa menceroboh perairan Malaysia.

Laporan itu memetik AVA sebagai berkata "Singapura difahamkan kapal perikanan itu berada di kawasan perairan Singapura semasa pertama kali ia dihampiri pihak berkuasa Malaysia.

"Singapura telah menyatakan 'kegusaran' dengan Malaysia berhubung insiden ini dan sedang berhubung dengan pihak berkuasa."

Pemilik kapal itu, Lian Yak Fish Merchant, dilaporkan berkata kapal itu berada kira-kira empat batu nautika di perairan Pulau Batu Puteh pada 6 pagi Selasa apabila ia dihampiri bot peronda Malaysia.

Kapal itu kemudiannya ditahan di Kota Tinggi di Johor.

Lian Yak Fish Merchant juga menyatakan tiga pegawai Malaysia juga telah naik ke kapal itu dan meminta kru belayar menuju ke Sedili di Kota Tinggi.

"Kami tiba esoknya, dan anggota kru ditahan tanpa jaminan," menurut syarikat itu.

Lian Yak Fish Merchant berkata, kemungkinan kapal itu tidak berada di perairan Malaysia kerana ia telah menangkap ikan di kawasan itu lebih 40 tahun dan walaupun pernah berlaku salah faham sebelum ini, ia telah diselesaikan.

Empat kru itu ialah warga asing berumur antara 36 dan 62 tahun dan mereka dijangka dihadapkan ke mahkamah Selasa depan.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Singapura dakwa kapal ditahan Malaysia dalam perairannya"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info