Dewan Ulama PAS Cadang Usul Putus Hubungan Dengan DAP!

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Dewan Ulama PAS Cadang Usul Putus Hubungan Dengan DAP!
6/3/2015 6:37:43 AM

Dewan Ulama PAS sepakat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pusat untuk memutuskan kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

Usul tersebut dihujahkan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama, Mokhtar Senik susulan serangan bertali-arus yang dibuat Parti Tindakan Demokratik terhadap PAS, terutama melibatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Muktamar PAS: Nik Abduh Menang Besar, Suhaizan Tewas

Walau bagaimanapun, kerjasama akan tetap diteruskan dengan rakan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Memetik kenyataannya menerusi Malaysiakini, "DAP dengan lantang mengugut kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden yang menjadi ayah kita dalam PAS.

"Kita tidak sanggup menyerahkan presiden kita dinodai parti rakan DAP. Keberanian DAP itu disebabkan setengah kita tidak memberi walak kepada presiden.

"Mereka masuk dalam rumah kita, cuba ganti ayah dalam rumah kita. Sikap DAP seolah-olah dia memimpin PAS dan cuba mengawal PAS, seolah-olah PAS tidak ada presiden."

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Dewan Ulama PAS Buat Kejutan Dengan Chai

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dewan Ulama PAS Cadang Usul Putus Hubungan Dengan DAP!"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info