Dua maut akibat MERS di Korea Selatan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Dua maut akibat MERS di Korea Selatan
6/1/2015 10:46:55 PM

Dua maut akibat MERS di Korea Selatan

SEORANG guru meletakkan pembasmi kuman pada tangan pelajar mereka untuk mengelakkan wabak MERS merebak.. – Foto AFP

SEOUL: Kementerian Kesihatan Korea Selatan mengumumkan bahawa dua orang meninggal dunia akibat Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), menurut agensi berita Yonhap.

Menurut Yonhap, seorang wanita berusia 58 tahun yang meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan malam tadi didapati positif MERS, menjadikan beliau korban pertama akibat virus itu di Korea Selatan.

Mangsa kedua ialah lelaki berusia 71 tahun yang disahkan dijangkiti virus itu pada 28 Mei lalu.

Yonhap tidak menyatakan bila lelaki itu meninggal dunia. – AFP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dua maut akibat MERS di Korea Selatan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info