Sari Yanti sudah dua tahun bergelar penerbit

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Sari Yanti sudah dua tahun bergelar penerbit
6/5/2015 11:31:57 PM

Sari Yanti sudah dua tahun bergelar penerbit

PELAKON, Sari Yanti. – Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Sejak dua tahun lalu, Sari Yanti sebenarnya sudah berjinak-jinak dalam dunia penerbitan. Malahan sebagai jaminan masa hadapan, pelakon yang mula dikenali dengan drama Kisah Kaisara itu sebenarnya sudah menubuhkan syarikat penerbitan Apna Addo. Syarikat itu sebagai bukti dia mahu serius bergelar penerbit selain berlakon.

Kini, telefilem Perangkap Perkahwinan arahan Thumb Suhaimi yang akan bersiaran pada 14 Jun ini di Astro Ria dan Maya HD turut diterbitkan Sari Yanti. Telefilem itu ialah kesinambungan kepada cerita Pengancam Perkahwinan yang pernah bersiaran pada 2013.

"Ini langkah untuk saya ke arah memulakan perniagaan. Saya rasa pada tahap sekarang, sesiapapun akan ada sandaran untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulillah tawaran berlakon itu masih ada. Saya masih aktif tapi saya ini bukanlah dalam kategori popular. Boleh kata saya ini suam-suam kuku. Sekejap ada, sekejap tiada. Tapi hakikatnya saya masih di dalam arena seni.

"Selepas ini akan muncul pula telefilem dengan judul sementara, Love Is A Fairytale. Saya turut berlakon selain menerbit untuk cerita itu. Ia dibintangi Nora Danish dan aktor seberang, Hardy Hartono. Insya-Allah telefilem itu untuk siaran Astro Ria," katanya.

Mengenai perkembangan seninya, Sari Yanti memberitahu dia sudah menjalani penggambaran beberapa drama dan telefilem untuk siaran Ramadan dan Syawal akan datang.

SARI Yanti (kiri) dan Betto Khusyairi pada penggambaran Drama Ramadan Berteduh Syawal. – Foto Nur Adibah Ahmad Izam

"Bulan puasa ini insya-Allah ada drama Mail dan Sudin Sambut Ramadan, saya berlakon dengan Remy Ishak dan Shuib Sepah. Selain itu ada telefilem Ramadan Berteduh Syawal arahan Ellie Suriati yang turut dilakonkan Beto Kusyairy. Saya sendiri teruja menanti siaran telefilem ini. Saya memegang watak Serena. Jika tiada aral ia akan disiarkan di TV9," katanya.

Mengenai sisi peribadi, umum tahu Sari Yanti sudah berpisah dengan bekas suaminya Mohd Edy Casmadi Che Hussain pada hujung tahun lalu. Sari Yanti berkahwin pada 16 Januari 2009 dan diputuskan sah bercerai secara tebus talak di Mahkamah Syariah Seremban. Dalam tempoh perkahwinan, Sari dikurniakan dua orang anak iaitu Barr al Aliy, 5, dan Basit al Haq, 4.

"Saya tak pernah lari pun. Cuma saya yakin ramai yang sudah tahu status saya sekarang. Cukup orang tahu saya sudah kembali solo. Hidup kena diteruskan. Saya macam biasa. Anak pun saya akan bersama mereka pada waktu cuti dan selalunya pada hari mereka bersekolah giliran itu bersama bapa mereka," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Sari Yanti sudah dua tahun bergelar penerbit"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info