Kecewa Dengan Keputusan Muktamar, Bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak Keluar Parti

 

 

Siakap Keli News

Kecewa Dengan Keputusan Muktamar, Bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak Keluar Parti
6/10/2015 6:55:00 AM

KUALA LUMPUR: Ekoran kecewa dengan keputusan Muktamar minggu lalu, bekas pengarah pilihan raya PAS Sarawak, Mohd Fidzuan Zaidi mengumumkan untuk keluar parti.
Memetik Malaysiakini, Fidzuan mengesahkan beliau tidak lagi bersama PAS sejak dua hari lalu.
Mengulas alasan dan sebab berbuat demikian, Fidzuan tidak menolak bahawa sedikit kekecewaan terpalit di hati dengan keputusan muktamar PAS minggu lalu.
"Memang ada sedikit kekecewaan tapi kekecewaan biasa saja, macam pasukan sokong kita kalah.
"Macam tim Manchester United dengan Liverpool, ada rasa tak puas hati biasalah kerana (calon pilihan) tak menang, tapi nak kata punca utama (keluar PAS) itu bukan," katanya yang dipetik portal itu. 
Namun ujar Fidzuan, antara punca utama beliau keluar PAS adalah kerana mahu fokus kepada kariernya dan berehat sebentar daripada bidang politik.
Muktamar PAS minggu lalu menyaksikan dominasi golongan yang dilabel pro ulama dalam saf kepimpinan parti.
PAS dalam muktamar itu juga telah meluluskan usul Dewan Ulama yang mahu memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP ekoran kelantangan dan serangan bertali arus pemimpin parti itu terhadap PAS dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kecewa Dengan Keputusan Muktamar, Bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak Keluar Parti"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info