Antara Khasiat Bunga Cengkih Selain Untuk Mata Dan Kuatkan Ingatan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Antara Khasiat Bunga Cengkih Selain Untuk Mata Dan Kuatkan Ingatan
6/4/2015 9:28:26 PM

Antara Khasiat Bunga Cengkih Selain Untuk Mata Dan Kuatkan Ingatan

Antara Khasiat Bunga Cengkih Selain Untuk Mata Dan Kuatkan Ingatan

Antara Khasiat Bunga Cengkih Selain Untuk Mata Dan Kuatkan Ingatan | Siapa yang mengenali Ulama' tersohor di bumi Kelantan, Tuan Guru Hj Hashim, Mudir Pondok Pasir Tumboh pasti tahu tentang hal ini. Sejak beliau berumur 17 tahun lagi sehingga umurnya hampir mencecah umur 90 tahun, beliau mengamalkan memakan bunga cengkih.

Antara kelebihan makan bunga cengkih ialah :

  1. Paru-paru dapat berfungsi dengan baik yang membolehkan suara sentiasa lantang
  2. Jantung berdegup dengan baik yang menjamin kesihatan
  3. Mata dapat melihat dengan baik walau pun telah berusia
  4. Gigi dapat tahan daripada gangguan ulat sehingga tahan lama
  5. Otak sentiasa berkembang yang menguatkan ingatan berbanding suka minum ais atau pulut yang membawa kepada tertutupnya otak yang melemahkan ingatan

Cara makan :

  • Sebaiknya 10 kuntum bunga cengkih sehari
  • Buat macam coklat dengan digigit dan dihisap airnya

*Info Tambahan:

Khasiat Yang Boleh Didapati Dari Bunga Cengkih

Pokok cengkih sesuai ditanam di negara yang beriklim khatulistiwa. Untuk hidup, pokok ini perlu pada tahap kelembapan sebanyak 150 hingga 250mm dan suhu 15 hingga 38 darjah celcius. Keadaan tanah yang gembur yang mengandungi humus dan tanah laterit amat sesuai bagi tanaman ini. Ia ditanam melalui biji benih, anak-anak pokok akan ditanam 1 1/2 hingga 2 tahun di ladang dan hasil tanaman boleh dipungut apabila pokok mencecah umur 7-8 tahun. Ia akan mengeluarkan hasil antara 60 tahun sehingga 130 tahun. Dianggarkan setiap tahun satu pokok boleh mengeluarkan hasil 2.7 kg.

Antara khasiat bunga cengkih ini adalah :-

Menghindari Masalah Gagap. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu makan 21 biji bunga cengkih setiap hari dan rebus 100g jintan manis dengan 2 cawan air selama 15 minit. Minum air rebusan tersebut setiap pagi sebelum sarapan.

Memulihkan Tenaga Batin. Digalakkan untuk makan bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang dan jangan makan makanan berangin. Minum madu lebah sebanyak 3 sudu sehari. Lebih elok jika ia diambil bersama-sama telur ayam kampung.

Mengatasi Masalah Sakit Ketika Haid. Caranya adalah dengan merendam 7 biji bunga cengkih ke dalam segelas air panas. Minum air rendaman itu setelah ia menjadi suam. Insyaallah sakit tersebut akan beransur-ansur hilang.

Dapat Menghilangkan Kesan Kulit Hitam Di Muka. Tumbuk sehingga halus kesemua campuran pucuk jambu batu, bunga cengkih dan kulit kayu manis dengan dicampurkan sedikit minyak zaitun. Sapu pada kulit muka sebanyak 2 kali sehari dan jangan makan makanan berminyak.

ANTARA INFO LAIN DAN MANFAAT BUNGA CENGKIH

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum mengandungi bahan-bahan seperti  vitamin k, vitamin c, manganese, omega 3 (fatty acid), magnesium, kalsium dan fiber yang tinggi. Apabila disebut bunga cengkih pasti suri rumah kita mengenalinya sebagai bahan masakan yang tidak boleh dipisahkan dalam ramuan membuat kuih atau masakan.  Bunga cengkih juga mengeluarkan aroma disebabkan bahan aktif nya yang bernama eugenol dan ekstrak bahan ini mempunyai nilai antiseptic dan juga "anaesthetic" .

1. Menghilangkan Sakit Gigi
Sakit Gigi – Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan pepesan tersebut ke dalam gigi yang lubang. Keredaan sakit gigi akan beransur pulih. Boleh di kunyah bersama halia

2. Menguatkan jantung 
Bunga cengkeh yang kering, dikunyah dan dihisap airnya, lakukan setiap hari. Minyak cengkeh dapat memperkuat lendir usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.

3. Mengubati Campak
10 Biji bunga cengkeh direndam dalam air masak semalaman. Kemudian ditambah dengan gula batu dan dikacau sampai rata. Lalu diminum sedikit demi sedikit secara teratur

4. Menghitamkan alis mata(kening)
5-7 biji bunga cengkeh kering dibakar sampai hangus, kemudian ditumbuk  halus dan ditambah dengan minyak badam secukupnya. Oleskan pada alis mata setiap petang

5. Menghilangkan rasa mual dan pening
Kemam atau hisap bunga cengkih dan mamah sedikit dengan kemenyan putih

6. Menghilangkan Bau Mulut
Ambil sekuntum bunga cengkih hidup atau yang telah kering dan kunyah, nafas anda akan berbau harum atau tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih lakukannya tiga hari sekali

7.Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Bagi menghilangkan bau yang kurang enak, masukkan segelas kecil bunga cengkih kedalamnya selain daripada seketul arang kayu.

8.Radang Hati
Minum susu kambing yang dicampur dengan bunga cengkih dan madu asli. Susu tersebut hendaklah dipanaskan setiap pagi dan petang.

9.Selsema
Rebuskan jus halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan lada sulah dengan sukatan sama banyak (satu sudu besar) kedalam 1liter air. Minum air rebusan tersebut ketika masih suam.

10.Sembelit
Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak. Minum sebanyak tiga pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

11. Mengelakkan Semut
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang dan gula berbau harum.

12. Perangsang seksual 
Masakkan bunga cengkih dengan minyak zaitun dan biarkan sejuk. Sapu dan urutkan minyak tersebut pada alat kelamin lelaki beberapa ketika sebelum bersama. Hasilnya kelazatan yang tidak terhingga serta mempercepatkan inzal wanita.

The post Antara Khasiat Bunga Cengkih Selain Untuk Mata Dan Kuatkan Ingatan appeared first on Viral Cinta.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

1 Komentar untuk "Antara Khasiat Bunga Cengkih Selain Untuk Mata Dan Kuatkan Ingatan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info