MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Agong Berangkat Ke Jamuan Teh Diraja
6/7/2015 6:25:16 AM
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (tengah) dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (kanan) berkenan memotong kek pada Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menghadiri majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka di Istana Negara di sini.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 jemputan termasuk menteri kabinet serta isteri masing-masing dan duta kenamaan dari dalam dan luar negara turut diserikan dengan acara memotong kek oleh Seri Paduka.
Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
Seri Paduka berdua kemudian berkenan bersalaman dengan dif jemputan serta para hadirin yang turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan diiringi orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. – BERNAMA
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Agong Berangkat Ke Jamuan Teh Diraja"