Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi – Mukhriz

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi – Mukhriz
6/2/2015 7:54:51 AM

Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi – Mukhriz

MUKHRIZ (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian bersama diantara Presiden Tokachiseika, Hiroyuki Komano (kanan) dengan Pengarah Operasi, Ambang Dorongan, Nur Hazwani Aznan (kiri) di Wisma Darulaman. – Foto Amran Hamid

LANGKAWI: Persatuan Jurunilai ASEAN (AVA) boleh mempromosikan profesion mereka sebagai cara untuk membuka lebih banyak peluang ekonomi di rantau ini, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, AVA boleh membuka peluang untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran serta menyediakan peluang pekerjaan terutamanya dalam infrastruktur, pembuatan dan pertanian.

Bercakap pada perasmian mesyuarat Prakongres AVA Ke-19 di sini hari ini, beliau berkata pembangunan ekonomi yang pesat memerlukan pembangunan dalam profesion penilaian kerana ekonomi pasaran baru memerlukan pelbagai jenis pembaharuan untuk memastikan integriti, kebebasan dan ketelusan dalam penilaian.

Beliau berkata, ini hanya boleh dicapai jika pengamal menggunakan standard umum yang diiktiraf bersama dan diterima oleh pelabur, negara anggota dan pelanggan antarabangsa.

"AVA boleh mewujudkan platform untuk perangkaian, berkongsi idea dan memudahkan pemahaman tentang pasaran hartanah serantau dan urus niaga rentas sempadan," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Jurunilai ASEAN boleh buka peluang ekonomi – Mukhriz"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info