Penyampai radio ERA FM Sabah selamat bernikah

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Penyampai radio ERA FM Sabah selamat bernikah
6/4/2015 8:46:48 PM

Penyampai radio ERA FM Sabah selamat bernikah

KUALA LUMPUR: Beebey, penyampai ERA FM Sabah selamat bernikah dengan jejaka pilihannya Mohd Khairul Niezam Mohd Effindi atau lebih mesra dengan panggilan Beejay, baru-baru ini.

Majlis pernikahan penyampai radio ini berlangsung secara langsung secara eksklusif di ERA FM Sabah pada jam 1 tengah hari hingga 4 petang secara eksklusif, 29 Mei lalu.

Turut hadir pada majlis hari itu adalah rakan penyampai ERA FM Sabah sendiri seperti Ily, Christ dan ramai lagi.

Dengan menggunakan hashtag #BeebeyKawin, orang ramai dapat berkongsi sama -detik bermakna buat penyampai Beebey bersama para pendengar.

Beebey atau nama penuhnya Shaidattul Izwanna binti Ismail, adalah gadis berbadan kecil dan mesra ini mengenali Beejay, sejak dari tingkatan 4 lagi di Sekolah Menengah Teknik Likas.

Kisah percintaan mereka sehingga hari ini mencecah hampir lapan tahun. Dengan restu kedua-dua keluarga, mereka mengikat tali pertunangan pada 26 Mei 2012.

Lebih tiga tahun mengikat tali pertunangan, Beebey dan pasangannya memilih tarikh 29 Mei lalu sebagai hari pernikahan mereka. Majlis pernikahan berlangsung jam 2 petang di rumah pengantin perempuan di Taman Sri Kinarut.

Majlis persandingan mereka pula diadakan pada 30 Mei 2015 jam 11 pagi di kediaman orang tua Beebey di Kinarut

"Daya tarikan yang ada pada Beejay, adalah kerana dia seorang lelaki yang penyayang, matang dan pandai mengambil hati saya walaupun pada mula perkenalan kami, dia adalah seorang yang pemalu dan pendiam.

"Semua yang ada padanya, membuatkan saya memilih dia sebagai teman hidup saya," kata Beebey.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Penyampai radio ERA FM Sabah selamat bernikah"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info