VIDEO: Dialog "Nothing To Hide" PM Bersama NGO Bertukar Jadi Bicara Dengan Tun Mahathir

 

 

Siakap Keli News

VIDEO: Dialog "Nothing To Hide" PM Bersama NGO Bertukar Jadi Bicara Dengan Tun Mahathir
6/4/2015 10:35:00 PM



KUALA LUMPUR: Satu program sesi dialog antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang sepatutnya diadakan pagi Jumaat ini terpaksa dibatalakan dan tarikh abru akan dicari bagi menggantikannya.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Facebooknya mengesahkan telah mengelaurkan arahan supaya majlis dialog "Nothing To Hide" dibatalakan demi kesejahteraan awam dan keharmonian masyarakat.


Dialog 1MDB bersama NGO-NGO: Demi kesejahteraan awam dan keharmonian masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan dialog di atas, di PWTC, Kuala Lumpur pagi ini dibatalkan.
Posted by Khalid Abu Bakar on Thursday, June 4, 2015

"Dialog 1MDB bersama NGO-NGO: Demi kesejahteraan awam dan keharmonian masyarakat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan dialog di atas, di PWTC, Kuala Lumpur pagi ini dibatalkan.," tulis Khalid pagi ini.

Program "Nothing To Hide" itu diadakan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam dimana ia memberi peluang kepada Najib menjawab soalan daripada NGO lain dan kumpulan masyarakat sivil termasuklah isu 1MDB yang hangat diperkatakan sekarang.

Orang ramai menunggu ketibaan PM

Bagaimanapun Dr Mahathir dikatakan telah muncul di PWTC pagi ini dan Najib dijangka tiba pada 10 pagi.

Kerana pembatalan sesi dialog tersebut, majlis bagaimanapun telah diteruskan dengan program lain iaitu "Sesi Bicara Bersama Tun Mahathir".

Bagaimanapun sesi tersebut tidak dapat diteruskan selepas dihalang oleh pihak PDRM ketika Tun Mahathir sedang berucap.


Rakaman lengkap ucapan ringkas Tun M di PWTC sehingga beliau ditahan oleh polis daripada berucap.Kekecohan telah berlaku bila Polis mengarahkan Tun berhenti berucap ketika itu juga. Sebarkan video ini !! Biar semua orang tahu, DS Najib dalam ketakutan.
Posted by Muhammad Mamzah on Thursday, June 4, 2015

Ketika itu,hadirin bersorak 'nothing to hide, nothing to hide'.

Berikutan adalah laporan langsung.(Dipetik Malaysiakini)

10.35am: Polis meminta Dr Mahathir menghentikan ucapannya.

10.33am: Dr Mahathir berucap kepada hadirin.

10.37am: Penganjur berkata polis menghalang Datuk Seri Najib Abdul Razak daripada menghadirinya, rundingan sedang berjalan.

Hadirin yang datang seawal 8.30 pagi, kini mencecah hampir 2,000 dan muzik dimainkan bagi menenangkan mereka.

8.53am: IGP tweet/Fb arah majlis dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Sementara itu, pengacara program di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini memebritahu mereka telah berbincang dengan pihak polis untuk membernarkan majlis tersebut.

"Kami diberitahu berlaku kekecohan di luar dewan dan satu tangkapan telah dibuat terhadap dalang yang cuba sabotaj program ini.

"Bagaimanapun, kami memberikan anda sesi bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini," kata pengacara majlis yang cuba mententeramkan keadaan yang mulai kecoh di dalam dewan yang menunggu ketibaan Najib sejak awal pagi tadi. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "VIDEO: Dialog "Nothing To Hide" PM Bersama NGO Bertukar Jadi Bicara Dengan Tun Mahathir"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info