GEMPA BUMI: Lima Pendaki Dikhuartiri Terkorban Di Gunung Kinabalu

 

 

Siakap Keli News

GEMPA BUMI: Lima Pendaki Dikhuartiri Terkorban Di Gunung Kinabalu
6/5/2015 1:42:00 AM



KOTA KINABALU: Kebimbangan nampaknya semakin meningkat apabila dikhabarkan lebih dari 100 orang pendakai terperangkap di Gunung Kinabalu.

Memetik laporan portal The Star, pegawai terlibat bagaimanapun masih belum mengeluarkan angka rasmi di mana dikatakan sekurang-kurangnya lima orang pendaki telah terkena jatuhan batu semasa gempa bumi terjadi lebih kurang satu minit.

Pasukan bomba dan polis termasuk skuad anjing pengesan telah dilihat menuju ke kawasan pendakian terdsebut manakala helikopter sedang berusaha untuk mengangkut pendaki terkandas.

Kebanyakan pendaki telah mula menuruni Gunung berkenaan yang berketinggian 4,095m sebelum matahari terbit apabila gempa bumi melanda pada 07:17 pagi tadi.

Dengan batu-batu granit telah bergolek ke bawah kerana gegaran kuat. Dilaporkan juga bahawa dua chalet di Panar Laban dan Laban Lata telah musnah teruk dan mereka amsih menyiasat tahap kerosakan.

Laporan awal daripada Jabatan Perkhidmatan Meteorologi Malaysia mengesahakan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud telah melanda Ranau pagi tadi. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "GEMPA BUMI: Lima Pendaki Dikhuartiri Terkorban Di Gunung Kinabalu"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info