Sekurang-Kurangnya 150 Orang Terkorban Selepas Sebuah Stesen Minyak Meletup Dan Terbakar

 

 

Siakap Keli News

Sekurang-Kurangnya 150 Orang Terkorban Selepas Sebuah Stesen Minyak Meletup Dan Terbakar
6/4/2015 11:10:00 PM



ACCRA: Pihak berkuasa Ghana mengesahkan sekurang-kurangnya 150 orang terkorban selepas sebuah stesen minyak di sini terbakar.

Semasa kejadian hujan lebat dan banjir kilat berlaku menyebabkan ramai orang memasuki kawasan stesen minyak tersebut untuk mendapatkan perlindungan.

Kebakaran yang berlaku di stesen minyak dalam kawasan Kwame Nkrumah Circle itu telah merebak ke kawasan kediaman berhampiran.



Presiden Ghana, John Dramani Mahama menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu "bencana dan tidak pernah berlaku" ketika beliau meninjau kawasan berkenaan pagi semalam.

"Ramai yang terkorban dan saya tidak tahu apa yang perlu diperkatakan," katanya.

Belaiu telah mengumumkan tiga hari sebagai hari berkabung dan bendera wajib dikibarkan separuh tiang selama tiga hari berkenaan selepas operasi menyelamatkan ditamatkan. - Siakapekli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Sekurang-Kurangnya 150 Orang Terkorban Selepas Sebuah Stesen Minyak Meletup Dan Terbakar "

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info