Polis temui PATI ketika operasi buru suspek bersenjata

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Polis temui PATI ketika operasi buru suspek bersenjata
6/4/2015 4:15:59 PM

Polis temui PATI ketika operasi buru suspek bersenjata

ANGGOTA polis membuka semula kawasan berhampiran hutan Taman Rekreasi Lembah Kiara selepas enam suspek dipercayai tidak lagi berada di kawasan berkenaan. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis menemui 27 warga asing termasuk 13 kanak-kanak ketika menjalankan 'Ops Rantau Khas' bagi menjejaki enam penjenayah bersenjata yang melarikan diri ke kawasan hutan simpan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Ketua Polis Daerah Brickfields, SAC Muhammad Azlee Abdullah, berkata bagaimanapun polis gagal menemui enam penjenayah terbabit dan berkemungkinan mereka sudah melarikan diri ke kawasan lain.

Operasi yang bermula 12 tengah hari dan berakhir jam 7 malam tadi dengan kekuatan anggota lebih 100 orang terdiri daripada Pasukan Gerakan Am, polis, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Kita jalankan operasi pembersihan membabitkan kawasan seluas 400 hektar di tiga bahagian iaitu Pusat Rekreasi Bukit Kiara, Puncak Bukit Kiara dan kawasan tanah 60 Sungai Penchala. Kita tidak temui suspek dan percaya mereka sudah melarikan diri lebih awal ke kawasan lain berikutan bahagian hadapan taman rekreasi dan bahagian belakang jaraknya hanya 500 meter.

"Sebaliknya kita temui lima lelaki, 11 wanita dan 13 kanak-kanak berusia tiga bulan hingga 40-an dipercayai warga Indonesia dalam lima buah rumah setinggan yang didirikan sendiri menggunakan kayu di dalam kawasan tanah seluas 60 hektar di Sungai Penchala.

"Dua daripada mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah, seorang adalah rakyat Malaysia manakala selebihnya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Muhammad Azlee berkata, mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Begitupun, polis tetap akan meneruskan operasi menjejaki suspek.

"Kita juga akan jalankan siasatan lanjut untuk melihat sama ada kumpulan penjenayah itu mempunyai kaitan dengan warga asing yang ditahan ini," katanya.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, keenam-enam suspek dipercayai bersenjatakan parang melarikan diri ke kawasan hutan simpan TTDI ketika ditahan untuk pemeriksaan.

Katanya, semua suspek dipercayai kumpulan pecah rumah yang melakukan jenayah itu menggunakan parang pada awal pagi. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Polis temui PATI ketika operasi buru suspek bersenjata"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info