77 laporan polis bantah Festival of God's Power

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

77 laporan polis bantah Festival of God's Power
6/4/2015 5:50:38 PM

77 laporan polis bantah Festival of God's Power

JOHOR BAHARU: Polis menerima sebanyak 77 laporan daripada pelbagai pihak hingga jam 11 malam semalam yang membantah penganjuran Festival of God's Power serta penyebaran trailer video acara itu di laman sosial sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad, berkata walaupun penganjuran acara itu di Mersing dan Skudai sudah dibatalkan, penganjuran itu tetap diteruskan di sebuah hotel tempatan di Johor Baharu.

KETUA Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad. – Foto Zain Ahmed

"Kita dan agensi-agensi lain akan terus memantau bagi memastikan perhimpunan itu tidak melebihi batas dan dibenarkan undang-undang.

"Kami turut memanggil pihak penaja sebanyak dua kali dan memberi nasihat agar ceramah dalam program itu tidak menyentuh hal sensitif," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Rusli turut berpesan agar rakyat negeri ini bertenang dan memberi sepenuh tanggungjawab kepada pihaknya dan agensi berkaitan.

Polis turut meminta kerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab ke atas video yang dimuat naik ke laman sosial itu.

Terdahulu, Presiden Persatuan Pesara-Pesara Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) Abdul Razak Ahmad berkata mereka terpanggil untuk membuat perhimpunan aman bagi memastikan kedudukan Sultan Johor terpelihara dan tidak tergugat sebagai ketua agama negeri.

"Kami berharap perhimpunan yang mampu mencetuskan provokasi di antara kaum ini tidak diteruskan lagi pada masa akan datang. Tidak hanya di negeri ini, tetapi juga di seluruh Malaysia," katanya ketika ditemui di hadapan Hotel Berjaya Waterfront di sini pagi tadi. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "77 laporan polis bantah Festival of God's Power"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info