Dewan Ulama Salahkan Cina Kristian Punca Penentangan Agenda PAS

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Dewan Ulama Salahkan Cina Kristian Punca Penentangan Agenda PAS
6/3/2015 7:09:02 AM

DEWAN Ulama PAS menerusi Timbalan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh menyalahkan penganut agama Kristian yang baharu sebagai punca kepada penentangan terhadap agenda PAS dalam mempertahankan Islam termasuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Menurutnya, terdapat satu perubahan baru dalam suasana politik di Malaysia apabila masyarakat Cina yang dahulunya merupakan penganut Buddha menukar agama mereka kepada Kristian.

"Satu arus baharu berlaku dalam kita, arus masyarakat cina penganut agama Buddha tinggalkan agama mereka mendekati Kristian.

"Ini menyebabkan situasi berubah, tahaluf siyasi dapat dipertahankan lebih dari 10 tahun ketika masyarakat cina berpegang pada agama Buddha yang tidak menentang dan mempersoalkan agama Islam.
"Situasi bertukar apabila sebahagian daripada mereka beralih menganut agama Kristian yang seringkali bertembung dengan Islam dari zaman berzaman.

"Apabila kelompok dalam agama ini mengandaikan Islam mampu membuktikan pelaksanaan dalam membawa keamanan menyebabkan mereka menyerang dengan bermacam-macam situasi supaya Islam tidak dapat dilaksanakan," katanya memetik Malaysian Insider. – MYNEWSHUB.CC

Muktamar PAS: Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dewan Ulama Salahkan Cina Kristian Punca Penentangan Agenda PAS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info