Pemimpin Taat Pada Parti Lain Punca Perpecahan Dalam PAS

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pemimpin Taat Pada Parti Lain Punca Perpecahan Dalam PAS
6/3/2015 6:35:40 AM

DEWAN Ulama Pas menegaskan perpecahan yang berlaku dalam PAS adalah disebabkan sikap tidak wala (taat) ahli kepada kepimpinan parti tersebut.

Malah Ketua Penerangannya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, apabila rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP giat menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ada pemimpin parti itu yang mengambil mudah akan perbuatan tersebut dan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan presiden mereka.

Memetik Antara Pos, Khairuddin berkata, "Apa yang berlaku hari ini kerana tiada kesetiaan. Kita setia kepada orang lain. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Datuk Dr Mahfuz dan Datuk Dr Haron, kita mesti setia kepada parti dan ketua parti. Dalam syarat tahaluf siyasi juga sebut untuk setia."

"Hari ini apabila DAP serang Presiden, ada yang pandang remeh dan cuba beri alasan mengapa DAP serang Presiden. Mereka tak pertahankan Presiden. Ini salah, bercanggah dengan konsep organisasai dan ia mesti diperbetulkan," katanya.

Khairudidin berkata sedemikian bagi mengulas sikap sesetengah ahli PAS yagn dilihat 'tidak sekapal' dengan Abdul Hadi sehingga sanggup mengenepikan pemimpin sendiri dan mentaati pemimpin parti lain, khususnya dalam beberapa isu yang menjadi pertelagahan parti Islam itu dengan rakan komponen, DAP.

Serangan dan kritikan DAP terhadap Abdul Hadi adalah berikutan Presiden Pas itu bertegas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Situasi itu kemudiannya mewujudkan perselisihan pendapat yang begitu ketara dalam parti tersebut sehingga wujud dua puak dalam PAS yang digelar pro ulama dan pro pakatan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JASMIN 

Pertembungan dua kumpulan dalam PAS bukan untuk guling Hadi

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pemimpin Taat Pada Parti Lain Punca Perpecahan Dalam PAS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info