Kempen ‘1 Anjing 10 Ringgit’ Cetus Kontroversi di Media Sosial

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Kempen '1 Anjing 10 Ringgit' Cetus Kontroversi di Media Sosial
6/3/2015 6:53:33 AM

MENJADI buah mulut pengguna media sosial apabila kempen "1 Anjing 10 Ringgit" anjuran Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) mendapat pelbagai kecaman daripada netizen.

Dalam kempen yang akan diadakan pada 3 hingga 12 Jun ini, orang ramai akan diberi imbuhan pada setiap ekor anjing yang diserahkan ke Pejabat Daerah Tanjong Malim di Behrang, Perak.

Kempen yang menunjukkan gambar anjing garang itu terbuka kepada semua penduduk Tanjong Malim dan Slim River di mana mereka akan dibayar RM10 untuk seekor anjing.

Pautan poster di Facebook itu menaikkan kemarahan segelintir pengguna internet kerana dianggap tidak berperikemanusiaan.

Seorang pengguna berkata, bagaimana membunuh anjing yang tidak berdosa itu diberi ganjaran RM10?

Manakala seorang lagi pengguna berkata dia akan menyebarkan berita itu supaya seluruh dunia tahu betapa buruk sikap majlis daerah.

Ramai yang meminta supaya Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) masuk campur dan ambil tindakan supaya program itu dibatalkan.

Walaubagaimanapun, hari ini melalui laman Facebook mereka, pihak MDTM telah memohon maaf dan memutuskan untuk membatalkan penganjuran kempen tersebut.

tadaaaa

Menurut kenyataan di Facebook mereka, kempen itu sebenarnya tertumpu kepada anjing-anjing liar yang berkeliaran dan mendatangkan gangguan kepada penduduk setempat.

"Walaubagaimanapun,  pihak Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) mengambil maklum dan perhatian atas semua komen dan pandangan masyarakat terhadap isu ini.

"Untuk makluman semua, kempen ini akan diberhentikan serta-merta dan pihak MTDM akan mengkaji semula kaedah yang lebih baik bagi mengatasi masalah anjing liar yang sering diadukan pelbagai pihak," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook majlis perbandaran itu.

MTDM turut mengucapkan terima kasih terhadap semua teguran yang diberikan berhubung kempen berkenaan.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kempen ‘1 Anjing 10 Ringgit’ Cetus Kontroversi di Media Sosial"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info