Penjawat Awam Pemegang Amanah Rakyat – Khusrin

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Penjawat Awam Pemegang Amanah Rakyat – Khusrin
6/9/2015 1:35:14 AM

KUALA LUMPUR – Kakitangan kerajaan Selangor diingatkan supaya sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan integriti sebagai satu amanah ke atas rakyat yang membayar cukai.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, integriti bukan sahaja bermakna menjauhkan diri daripada amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. tetapi juga sentiasa menghargai dan memelihara hak orang awam.

Beliau memberi contoh budaya minum pagi terlalu lama yang telah lama berakar umni dalam kalangan penjawat awam antara isu yang telah berjaya dikurangkan melalui tindakan `spot check' oleh pihaknya pada awal tahun ini.

"Kita telah berjaya membuat beberapa `spot check' dalam memantau amalan budaya negatif yang telah lama berakar umbi dalam kalangan kakitangan kerajaan iaitu budaya minum pagi yang terlalu lama.

"Lawatan mengejut ini telah menjadi viral di rangkaian media sosial dan mendapat maklum balas yang positif daripada rakyat. Alhamdulillah, kini kita boleh lihat budaya minum pagi ini telah semakin berkurangan dan diharapkan agar perkembangan positif ini akan terus berkekalan," katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2014 di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini.

Mohammed Khusrin berkata, tindakan `spot check' oleh pihaknya itu bukan bertujuan hendak menjadi pengetua sekolah atau guru disiplin yang meronda mencari kesalahan kakitangan setiap masa.

Sebaliknya, tegas beliau, langkah tersebut terpaksa dilakukan demi menjaga nama baik perkhidmatan awam. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Penjawat Awam Pemegang Amanah Rakyat – Khusrin"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info