CAP Sokong Larangan Merokok Di Semua Premis Makanan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

CAP Sokong Larangan Merokok Di Semua Premis Makanan
6/3/2015 6:08:05 AM

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong penuh langkah Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan aktiviti merokok di semua tempat makan.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, langkah itu selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengawal kegiatan merokok di tempat awam.

"Paling penting ia boleh menyelamatkan banyak nyawa. Pada hakikatnya di India banyak negeri telah mengharamkan merokok di semua tempat awam dan statistik menunjukkan pengurangan yang besar dalam merokok. Baru-baru ini Beijing juga melarang merokok di tempat awam.

"Menurut statistik Kementerian Kesihatan, adalah dianggarkan 100,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit berkaitan merokok setiap tahun. Adalah penting untuk diingatkan bahawa ancaman kematian yang dihadapi akibat merokok bukan hanya kepada perokok itu sendiri tetapi juga kepada orang lain yang terdedah kepada asap rokok," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed berkata, asap rokok basi mengundang risiko kanser paru-paru, penyakit jantung, strok dan kematian dan kajian pada 2011 mendedahkan tujuh daripada 10 orang dewasa Malaysia terdedah kepada asap rokok basi ketika mengunjungi restoran.

Justeru, beliau menyelar pemilik kedai kopi dan restoran yang lebih bimbang keuntungan mereka akan terjejas sedangkan
pengharaman tersebut akan membuatkan perniagaan semakin baik.

"Ini merupakan sumbangan utama dalam melindungi kesihatan awam kerana ia bukan hanya melindungi bukan perokok daripada terdedah kepada asap rokok basi tetapi ia juga dapat membantu perokok berhenti daripada tabiat merokok," katanya.

Media baru-baru ini melaporkan peraturan larangan merokok akan diperluaskan di semua kedai makan dan restoran seluruh negara oleh kerajaan walaupun ia merupakan premis terbuka dan tidak berhawa dingin. – mynewsshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "CAP Sokong Larangan Merokok Di Semua Premis Makanan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info