Muktamar PAS: Nik Abduh Menang Besar, Suhaizan Tewas

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Muktamar PAS: Nik Abduh Menang Besar, Suhaizan Tewas
6/3/2015 5:54:51 AM

BEBERAPA persoalan dan teka-teki dalam sesi pemilihan kepimpinan Pemuda PAS akhirnya terjawab apabila Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berjaya merampas kerusi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sebelum ini disandang oleh Suhaizan Kayat.

Menurut keputusan tidak rasmi Muktamar PAS, Nik Abduh yang memegang gelaran Ahli Parlimen Pasir Mas menang besar dengan kutipan 429 undi manakala, Suhaizan menerima 263 undi dengan majoriti 166 undi.

Kemenangan anak mantan Musyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dikatakan menepati jangkaan ramai yang mahu menukar kepimpinan sayap yang pernah diterajui Suhaizan.

Suhaizan hanya mampu menerajui tampuk kepimpinan pemuda PAS selama 18 bulan dengan menggunakan pendekatan 'Politik Budiman'.

Selain itu, anak kepada Presiden PAS iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi berjaya mempertahankan kerusi Timbalan Ketua yang disandang dengan menerima undian 435 undi.

Manakala, pencabarnya Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob tewas apabila hanya mendapat 257 undi.

Jawatan Naib Ketua pula, menyaksikan kemenangan berpihak kepada Khairil Nizam Khirudin yang menang dengan 458 undi mengalahkan Nor Azman Mohamad yang hanya mendapat 235 undi.

Sesi pemilihan bagi menentukan kepimpinan PAS bagi sesi 2015/2017 dianggap paling sengit dalam sejarah PAS di mana berlakunya pertembungan golongan profesional dan pro-ulama yang dapat dilihat begitu ketara sekali. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Muktamar PAS: Nik Abduh Menang Besar, Suhaizan Tewas"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info