Neelofa Akui Dia Masih Solo Selepas Berpisah Dengan Hans Issac

 

 

Siakap Keli News

Neelofa Akui Dia Masih Solo Selepas Berpisah Dengan Hans Issac
5/28/2015 10:30:00 PM



NAMPAKNYA pelakon dan pengacara jelita Neelofa Mohd Nor. 26, mengakui masih solo dan menafikan khabar-khabar angin yang mengatakan dia dan Hans Issac kembali bercinta selepas berpisah setahun lalu.

Neelofa menepis segala dakwaan tersebut dan mengaku dia dan Hans memang sudah bercakap semula selepas raya tahun lalu tetapi tidak lebih sekadar kawan.

Memetik laporan Harian Metro, khabar angin yang mengatakan mereka bercinta kembali ini hangat diperkatakan selepas Neelofa dilihat hadir ke pementasan teater Baik Punya Cilok lakonan Hans, Datuk AC Mizal, Awie dan Afdlin Shauki di Istana Budaya April lalu.

Menurut beliau segala berita yang tersebar kononnya dia bercinta kembali adalah tidak benar.

"Cerita kami kononnya kembali bercinta adalah tidak betul. Saya masih solo dan tidak bercinta dengan sesiapa pun sekarang," katanya.

"Bapa juga sentiasa berpesan supaya mengambil sikap berdiam diri sekiranya perkara yang dibangkitkan itu tidak benar."

"Kalau saya menjawab, nafi atau sebaliknya, pasti akan jadi cerita lain pula. Jadi lebih baik saya diam," katanya. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Neelofa Akui Dia Masih Solo Selepas Berpisah Dengan Hans Issac"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info