Isteri dan Anak Perempuan Dikurung Tiga Tahun Sebagai 'Balasan' Tak Dapat Anak Lelaki

 

 

Siakap Keli News

Isteri dan Anak Perempuan Dikurung Tiga Tahun Sebagai 'Balasan' Tak Dapat Anak Lelaki
5/29/2015 12:55:00 AM


Hanya kerana tidak dapat melahirkan anak lelaki, seorang isteri dikurung di dalam tandas selama tiga tahun oleh suaminya sendiri.
Turut dikurung adalah anak perempuan mereka.
Priyanka dan anaknya, Pamesha diikat Rameshwar Rao pada mangkuk tandas dan akan dibuka untuk seketika jika kedua-duanya mahu menggunakannya.
Lebih malang mereka berdua hanya diberi makan nasi kosong dan air kosong semata-mata ketika menjalani 'hukuman' itu.
Sudahlah mengurung isterinya, Rameshwar juga dilaporkan turut merogol isterinya, namun malangnya Priyanka tidak juga mengandung.
Keadaan kedua-dua beranak itu akhirnya berjaya diselamatkan oleh bapa Priyanka apabila menjenguk keluarga tersebut secara mengejut.
Meskipun marah dengan perbuatan menantunya, mereka tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kerana Priyanka enggan membuat laporan polis, malah berkeras mahu terus tinggal di rumah itu. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Isteri dan Anak Perempuan Dikurung Tiga Tahun Sebagai 'Balasan' Tak Dapat Anak Lelaki"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info