Budak Perempuan 11 Tahun Dijual Oleh Ibu Bapa Berjaya Diselamatkan Selepas Jadi Mangsa Pukul Dan Rogol

 

 

Siakap Keli News

Budak Perempuan 11 Tahun Dijual Oleh Ibu Bapa Berjaya Diselamatkan Selepas Jadi Mangsa Pukul Dan Rogol
5/29/2015 2:23:00 AM



Seville: Pihak Polis Sepanyol telah berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang menjadi mangsa pukul dan rogol berulang-ulang kali selepas dikatakan dijual oleh ibu bapanya untuk berkahwin dengan harga 17,000 euro (RM66,000).

Polis berjaya menahan lima orang daripada dua keluarga dan merka akan didakwa dengan tuduhan penyeludupan manusia, penderaan seksual, rogol, penderaan dan eksploitasi pekerja.

Polis menerima maklumat dan memulakan siasatan dimana mereka mendapat laporan seorang budak perempuan bawah umur telah dijual ibu bapanya pada awal bulan lalu untuk dikahwinkan secara kontrak.

Kanak-kanak tersebut dikatakan dilayan dengan buruk oleh keluarga bakal mentuanya.

"Mereka menghina, mengancam dan memukulnya serta memaksanya melakukan seks dengan bakal suami. Dia juga dipaksa memetik anggur tanpa bayaran," kata kenyataan itu.

Menurut keyanyataan pihak polis, budak tersebut telah menghubungi ibunya untuk meminta bantuan tetapi mereka perlu membelinya kembali dengan harga 10,000 euro(RM40,000) bagi membolehkan kanak-kanak itu diserah kembali.

Apabila menyedari kedatangan polis yang membuat intipan barulah keluarga itu membenarkan kanak-kanak itu pulang kerumah kelaurganya dengan bas. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Budak Perempuan 11 Tahun Dijual Oleh Ibu Bapa Berjaya Diselamatkan Selepas Jadi Mangsa Pukul Dan Rogol"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info