Misi Cari MH370 Mungkin Diperluas Lagi: Abbott


SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata usaha pencarian pesawat MH370 akan diperluaskan daripada kawasan tumpuan ketika ini sekiranya ia tidak ditemui ketika anggota keluarga dan waris memperingati genap setahun tragedi itu hari ini.

Pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sejurus selepas berlepas pada 8 Mac tahun lalu dan sehingga itu pesawat gagal dikesan meskipun operasi besar-besaran dijalankan di permukaan dan dasar laut.

Abbott berkata, pihak berkuasa Australia yang mengetuai operasi mencari hampir melengkapkan 40 peratus daripada kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer di selatan Lautan Hindi yang dijadual siap Mei ini.

Beliau berkata, operasi MH370 akan diperluaskan selagi mempunyai petunjuk yang munasabah ke arah pencarian pesawat malang itu.

“Kami mempunyai sebab yang kuat untuk berjaya, tapi sekiranya kita tidak berjaya dalam pencarian ini, kita mempunyai satu lagi pencarian untuk dibuat kerana kami seperti kami janjikan kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.

“Kami mempunyai 60,000 kilometer persegi lagi dalam pencarian ini. Jika kami tidak berjaya, ada lagi 60,000 kilometer persegi lagi dan saya berkata kami mempunyai keyakinan bersebab untuk menemui pesawat ini,” katanya. – AFP

0 Komentar untuk "Misi Cari MH370 Mungkin Diperluas Lagi: Abbott"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info