Lelaki Maut, Rakan Parah Kereta Rempuh Pokok

KEADAAN kereta yang terputus dua selepas merempuh pokok. FOTO Junaidi Ladjana
Kota Kinabalu – Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah apabila kenderaan dinaiki mereka terputus dua selepas merempuh pokok di Jalan Pintas Hospital Queen Elizabeth (HQE) berhampiran Kampung Kampung Kopungit, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, penumpang hadapan, Mokthar Mustari, 20, yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua lagi termasuk pemandu parah dan dikejarkan ke HQE untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama dua rakannya itu dari arah bandar raya menuju Kepayan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kereta berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh pokok menyebabkan kenderaan remuk teruk.

“Penumpang hadapan yang tersepit meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu terpelanting keluar dari kenderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - myMetro Online

0 Komentar untuk "Lelaki Maut, Rakan Parah Kereta Rempuh Pokok"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info