Suspek Edar Dadah Maut Kereta Terbabas, Rakan Ditahan


GERIK – Seorang lelaki disyaki pengedar dadah warga Thailand berusia 20-an maut manakala rakannya berusia lewat 20-an ditahan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dipercayai melarikan diri daripada kereta peronda polis, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.45 pagi di Kilometer 20, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli itu, kereta suspek dari arah Kelantan tiba-tiba membuat pusingan U selepas ternampak sebuah peronda polis di tepi jalan di Kilometer 9 kerana menunggu satu kes kecurian kabel telekom.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum, berkata kereta dinaiki kedua-dua suspek kemudian memecut laju sehingga sejauh 11 kilometer kerana bimbang ditahan.

“Bagaimanapun, ketika tiba di satu selekoh di sebelah kanan, pemandunya gagal mengawal kenderaan menyebabkan terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Kereta suspek terbalik ke dalam semak beberapa kali dan tercabut tayar depan sebelah kiri menyebabkan pemandunya tercampak keluar dan mati di tempat kejadian,” katanya ditemui di tempat kejadian hari ini. – BH Online

0 Komentar untuk "Suspek Edar Dadah Maut Kereta Terbabas, Rakan Ditahan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info