Surat Jemputan Dengan Nama Dr. M Tersebar Tetapi Penganjur Dakwa Beliau Tidak Diundang

 

 

Siakap Keli News

Surat Jemputan Dengan Nama Dr. M Tersebar Tetapi Penganjur Dakwa Beliau Tidak Diundang
6/5/2015 3:00:00 AM



KUALA LUMPUR: Penganjur #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO"  mendakwa Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke majlis tersebut adalah tanpa sebarang undangan daripada pihak mereka, kata Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

"Beliau hadir kerana sudah tersebar di media sosial bahawa beliau akan hadir, jadi Dr Mahathir membuat keputusan untuk hadir.

Pihak penganjur tidak memberikan undangan untuk beliau," katanya dalam satu sidang media selepas program itu dibatalkan.

Khairul Anwar juga mendakwa sekumpulan hadirin telah merempuh pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn untuk membawa Tun Dr. Mahathir untuk membolehkan Tun M masuk.

Bagaimanapun sebentar tadi tersebar dua keping gambar yang dimuatnaik oleh Facebook Kelab Che Det dikatakan bakal menjawab semua misteri adakah Tun M sebenarnya menerima undangan untuk berada di dalam program berkenaan.

Mereke juga memuatnaik gambar kononnya perbualan Whatapps Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lokman Noor Adam yang mengesahkan dia ada menyediakan kerusi khas untuk Tun M.

Bagaimanapun majlis tersebut telah dibatalkan selepas menerima arahan dari ketua Polis Negara atas faktor keselamatan . - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Surat Jemputan Dengan Nama Dr. M Tersebar Tetapi Penganjur Dakwa Beliau Tidak Diundang"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info