PERKASA Bidas Pihak Pertikai Agenda Melayu Dalam RMK-11

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

PERKASA Bidas Pihak Pertikai Agenda Melayu Dalam RMK-11
6/1/2015 4:47:42 PM

PERKASA Bidas Pihak Pertikai Agenda Melayu Dalam RMK-11

Kuala Lumpur – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membidas kenyataan-kenyataan mempertikaikan Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu sebagai intipati Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) dalam satu forum di Petaling Jaya baru-baru ini.

Menegaskan kenyataan yang dibuat Tengku Zain Al- Abidin ibni Tengku Mukriz (Pengerusi IDEALS) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Ketua Oegawai Eksekutif GMM) itu sebagai mengguris perasaan masyarakat Melayu, justeru PERKASA menurut Ketua Penerangannya, Hassan Basri Muhammad, berpendirian menyanggah sekeras-kerasnya perkara tersebut.

"Kenyataan Tengku Zain Al- Abidin ibni Tengku Mukriz dan Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu forum anjuran HARMONY MALAYSIA di Petaling Jaya baru-baru ini yang antaranya mempersoalkan agenda melayu dalam pelaksanaan RMK 11 amat dikesali dan sekaligus menyakiti perasaan orang melayu.

"Justeru PERKASA sebagai Badan Bukan Kerajaan yang tegas mempertahankan hak perlembagaan melayu, islam dan institusi beraja menyanggah keras kenyataan beliau," ujar Hassan.

Tindakan kedua-dua individu berkenaan kata beliau, secara tidak langsung mencerminkan yang mereka sebenarnya tidak benar-benar memahami Perkara 153 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kenyataan ini menunjukkan mereka tidak memahami dan menyelami Perlembagaan Negara yang menjelaskan Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu seperti termaktub dibawah Perkara 153 ataupun ada sifat prejudis mereka kepada bangsa melayu islam.

"Justeru PERKASA mencadang supaya mereka dan mana pihak yang menentang dan mempertikaikan agenda Melayu dan bumiputera dalam pembangunan negara perlu di'sekolahkan' semula.

"Kenyataan Tengku Zainal Al Abidin yang mencontohkan kononnya tidak dinyatakan dalam Perlembagaan Negara pengurangan 10 peratus pembelian rumah kepada Melayu bumiputera jelas memperlihatkan kedangkalan beliau.

"Lalu kita suka bertanya dimanakah pula diperincikan pembayaran gaji dan elaun kepada raja termasuk kerabatnya dalam Perlembagaan. Walaupun tidak diperincikan tetapi ianya termaktub dan dicatatkan dalam undang-undang tubuh yang lain," jelas beliau.

Selain itu, Hasan turut menyatakan kebimbangannya terhadap cubaan-cubaan untuk menghapuskan hak-hak istimewa Melayu yang dakwanya didalangi DAP.

"Kenyataan mereka juga dibimbangi seolah-olah menjadi lidah penyambung perjuangan DAP dan cauvinis Cina yang antaranya untuk menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu sekiranya mereka memerintah negara ini. Kita yakin DAP dan cauvinis Cina bertepuk tangan bersetuju dengan kenyataan ini.

"Raja- raja, kerabat dan sesiapa jua harus memahami makna keadilan dalam islam bukan 'penyamarataan' etnik dan bangsa tetapi memberi kepada mereka yang berhak. Maka sebab itulah Raja-raja Melayu sebagai etnik melayu telah meninggal 7 wasiat hak keistimewaan yang perlu dijaga dan menjadi keramat perjuangan PERKASA," tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, PERKASA turut menyarankan supaya kerabat di raja supaya bertindak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga konsep Raja Berperlembagaan.

"Kenyataan kerabat diraja ini juga dibimbangi boleh menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada institusi beraja untuk mempertahankan islam dan melayu.

"Justeru PERKASA menyarankan apapun kenyataan dan penglibatan kerabat diraja dan mereka yang berkepentingan hendaklah seiring dengan Perlembagaan Negara dan konsep Raja Berlembagaan. Kerana pihak-pihak tertentu terutamanya media akan terus menangguk di air yang keruh.

"PERKASA yang mempunyai 500 ribu ahli tetap bertegas menentang dengan sesiapa dan apa jua kedudukan atas nama islam, melayu selaras dengan Perlembagaan Negara," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PERKASA Bidas Pihak Pertikai Agenda Melayu Dalam RMK-11"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info