Nasrudin Nafi ‘Siku Dan Lutut’ Berunsur Keganasan

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Nasrudin Nafi 'Siku Dan Lutut' Berunsur Keganasan
6/7/2015 10:26:09 PM

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa ucapannya yang menyebut tentang siku dan lutut dalam jubah telah diputar belit oleh pihak tertentu.

Kata beliau, ucapannya itu telah digambarkan sebagai percubaan beliau untuk bertindak ganas dan melampau ke atas pimpinan DAP.

"Perkataan itu digunakan secara defensif untuk mempertahankan PAS dan Islam yang diperjuangkan dari terus diserang dan dicabar.

"Ungkapan siku dan lutut tidak saya lafazkan untuk membawa maksud memulakan serangan atau menyerang secara melulu dan membabi buta, sebaliknya dengan maksud kami siap untuk mempertahan dasar dan prinsip perjuangan Islam ini jika ia terus diasak dan dicabar (DAP)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin berkata, PAS diajar membawa Islam dengan lunak meskipun berdepan dengan tekanan dan ancaman tetapi kesabaran itu ada hadnya.

Beliau dalam ucapan semasa muktamar PAS baru-baru ini meminta agar DAP tidak terus mencabar kesabaran parti itu.

"Saya minta sungguh-sungguh. Jangan cabar kesabaran kami. Walaupun kami rata-rata pakai serban tapi dalam jubah ada lutut dengan siku yang boleh diguna," katanya. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Nasrudin Nafi ‘Siku Dan Lutut’ Berunsur Keganasan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info