Artis Hip Hop Saman Syarikat Penerbangan, Paksa Merangkak

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Artis Hip Hop Saman Syarikat Penerbangan, Paksa Merangkak
6/7/2015 10:22:51 PM

SAN DIEGO – Akibat dipaksa merangkak untuk menaiki pesawat, seorang artis hip hop yang berkerusi roda tekah menyaman American Airlines sebanyak RM430,000 bagi mengajar syarikat penerbangan itu supaya menghormati pelanggan mereka terutama golongan kurang upaya.

Theresa Purcell ketika itu dalam perjalanan ke pintu masuk peawat dari San Diego apabila kakitangan di situ memberitahu ia terlalu lambat untuk membolehkan mereka menyediakan laluan untuk kerusi roda.

Sebaliknya Purcell diminta turun dari kerusi rodanya dan merangkak ke tempat duduknya.

Meskipun syarikat penerbangan itu sudah meminta maaf namun Purcell tidak berpuas hati kerana dimalukan sedemikian rupa.

"Saya ingin memastikan kejadian sama tidak berulang lagi, Saya dimalukan di hadapan kira-kira 50 penumpang yang lain yang menyaksikan bagaimana saya merangkak untuk ke tempat duduk," katanya.

Purcell kerap menggunakan kapal terbang namun ini adalah kali pertama dia menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan American Airlines. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Artis Hip Hop Saman Syarikat Penerbangan, Paksa Merangkak"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info