Najib Tinjau Kesan Gempa Bumi Di IPD Ranau

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Najib Tinjau Kesan Gempa Bumi Di IPD Ranau
6/9/2015 12:23:10 AM

RANAU – Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang rosak sebahagiannya akibat gempa bumi yang berlaku di daerah itu Jumaat lepas, sebaik tiba di Sabah hari ini.

Helikopter yang membawa perdana menteri mendarat di Padang Pekan Ranau pada kira-kira 11.45 pagi bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan dan anggota-anggota Kabinet negeri.

Beliau meninjau kuarters IPD Ranau yang rosak akibat gempa bumi itu dan melawat penghuni perumahan polis itu yang memasang khemah di perkarangan IPD berkenaan.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berlaku pada Jumaat lepas di Ranau dan Kundasang, mengakibatkan kerosakan kepada tiga daripada enam kuarters polis di IPD Ranau.

Najib dan rombongan dijadual mendengar taklimat bencana di Restoran Liwagu di Kundasang sebelum menyerahkan bantuan kepada mangsa dan waris mangsa terkorban dalam gempa bumi itu.

Korban bencana itu setakat ini berjumlah 16 orang pendaki dan malim gunung di kawasan Gunung Kinabalu.

Gegaran itu turut mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kepada banyak bangunan dan harta benda penduduk tempatan. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Najib Tinjau Kesan Gempa Bumi Di IPD Ranau"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info