“Gempa Di Sabah Tiada Kaitan Dengan Aksi Bogel”

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

"Gempa Di Sabah Tiada Kaitan Dengan Aksi Bogel"
6/9/2015 1:09:26 AM

PEMBANTU Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi menyifatkan kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden pelancong asing berbogel di kawasan tersebut.

Kamarlin berpendapat tragedi berkenaan merupakan satu bencana alam yang langsung tidak mempunyai hubung kait dengan 'semangat' Gunung Kinabalu seperti mana yang dipercayai kebanyakan penduduk di sana.

Datuk Kamarlin Ombi

Datuk Kamarlin Ombi

Beliau turut menegaskan, jika dilihat dari segi saintifik, daerah Ranau terdedah kepada risiko terbabit kerana kawasan itu terletak di garisan gempa bumi.

"Terpulang kepada kepercayaan masing-masing, memandangkan Gunung Kinabalu dianggap suci oleh masyarakat Sabah khususnya dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun dan seharusnya ia tidak dicemari perkara negatif (bogel) kerana ia bukan budaya kita.

"Ini adalah pendapat saya dan sebagai orang Islam, musibah yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT," katanya memetik laporan Berita Daily.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan turut menyalahkan tindakan biadap sekumpulan pendaki asing itu sebagai punca yang menyebabkan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala richter berlaku.

Mengikut kepercayaan Kadazan Dusun, bencana itu terjadi disebabkan perbuatan pelancong asing yang tidak menghormati adat tradisi masyarakat tempatan hingga mendatangkan kemarahan 'semangat' Gunung Kinabalu di kawasan yang dianggap tanah suci bagi mereka.

– MYNEWSHUB.CC

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "“Gempa Di Sabah Tiada Kaitan Dengan Aksi Bogel”"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info