Dewan Rakyat bincang usul gempa di Ranau petang ini

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Dewan Rakyat bincang usul gempa di Ranau petang ini
6/9/2015 1:09:17 AM

Dewan Rakyat bincang usul gempa di Ranau petang ini

BENDERA dikibarkan separuh tiang di hadapan Dewan Sri Sulaman, Tuaran sebagai hari perkabungan dan tanda menghormati mangsa yang terkorban dalam gempa bumi di Gunung Kinabalu Jumaat lalu. – Foto Johary Indan

KUALA LUMPUR: Kejadian gempa bumi yang menimpa kawasan Ranau, Sabah, Jumaat lepas akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada persidangan sebelah petang ini.

Usul mengenainya diluluskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bersetuju usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu adalah perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

"Oleh itu saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3), perbahasannya bermula 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.

"Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit," katanya.

Usul mengenai gempa bumi itu dikemukakan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan).

Bung Mokhtar, ketika mengemukakan usul itu, antara lain mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan bajet tambahan untuk membina jalan alternatif ke puncak Kinabalu dan menyediakan inisiatif kepada malim yang kehilangan pendapatan akibat aktiviti pendakian gunung itu ditutup sementara.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan operasi mencari dua lagi warga Singapura yang hilang masih diteruskan susulan kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dewan Rakyat bincang usul gempa di Ranau petang ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info