MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
Wanita Pakai Skirt Pendek Marah, Disuruh Sarung Kain Batik Di JPJ
6/9/2015 12:44:11 AM
EKORAN berang disuruh menyarung kain batik, seorang wanita yang dikenali sebagai Suzanne G.L. Tan menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi laman Facebook.
Luahan wanita itu yang disertakan beberapa gambar menarik perhatian netizen hingga menjadi topik hangat di laman sosial.
Menurut Suzanne, tujuan dia berurusan dengan pejabat JPJ adalah bagi menandatangani borang pemindahan nama hak milik bagi sebuah kereta yang dijual.
Bagaimanapun, wanita yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah ini mendakwa didekati oleh seorang kakitangan JPJ sebelum disuruh menyarungkan kain batik yang diberi.
"Saya berpakaian seperti ini (kemeja T dan skirt pendek atas lutut), tidak sopankah?
"Saya nampak seperti ini, sebuah beg! Hanya duduk di hadapan kaunter bercermin dengan hanya menampakkan bahagian atas badan saya di hadapan pegawai itu, saya tidak pasti tidak tahu mahu ketawa atau menangis," tulisnya dalam status tersebut.
Menurut sumber tertentu, lokasi kejadian didakwa di JPJ Wangsa Maju, namun ia tidak dapat disahkan.
Pada masa sama, ramai yang meluahkan perkara tersebut berpunca daripada kesalahan Suzanne yang sepatutnya sedia maklum tentang etika pemakaian ketika berurusan dengan pejabat kerajaan.
Moga kisah Suzanne menjadi pengajaran buat wanita lain agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
- MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: The Rakyat Post
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Wanita Pakai Skirt Pendek Marah, Disuruh Sarung Kain Batik Di JPJ"