Banjir: 15 Keluarga Dipindahkan Di 2 Pusat Pemindahan Di Melaka

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Banjir: 15 Keluarga Dipindahkan Di 2 Pusat Pemindahan Di Melaka
6/7/2015 6:55:41 AM

MELAKA – Sebanyak 15 keluarga di kawasan Melaka Tengah dan Jasin dipindahkan ke pusat pemindahan di Bukit Pulau dan Duyung di sini selepas rumah mereka dilanda banjir kilat pagi tadi.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka, Mejar Jafri Mohamed berkata mereka mula berpindah kira-kira 11 pagi tadi apabila air naik sehingga satu meter berikutan hujan lebat yang turun sejak pukul 7 pagi tadi.

Beliau berkata beberapa kawasan lain turut dinaiki air seperti di Tengkera, Kampung Enam, Limbongan, Kampung Bakar Batu dan Kampung Pulau Kelapa dan Taman Merak Emas.

"Banjir berlaku berpunca dari hujan lebat yang mula turun secara berperingkat sejak 4 pagi tadi…ia bertambah buruk apabila berlaku air pasang besar kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Banjir juga turut menjejaskan penduduk di daerah Jasin antaranya di Merlimau, Umbai, Pulai dan Serkam," katanya ketika dihubungi Bernama pada pukul lima petang tadi.

Jafri berkata pintu air di muara sungai terpaksa ditutup akibat air pasang besar menyebabkan limpahan air banjir tidak dapat dialirkan ke laut.

Beliau berkata air pasang dijangka akan surut dalam tempoh beberapa jam lagi. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Banjir: 15 Keluarga Dipindahkan Di 2 Pusat Pemindahan Di Melaka"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info