Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Sekurang-kurangnya 150 maut stesen minyak terbakar di Ghana
6/4/2015 9:48:54 PM
ANGGOTA keselamatan Ghana berada di depan stesen minyak yang terbakar di Accra, Ghana. – Foto AP
ACCRA: Sekurang-kurangnya 150 orang maut dalam kebakaran di stesen minyak di sini ketika mereka berlindung dari hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat, kata perkhidmatan kecemasan.
Kebakaran berlaku di stesen minyak dalam kawasan Kwame Nkrumah Circle lewat malam kelmarin dan merebak ke kawasan kediaman berhampiran.
Presiden Ghana, John Dramani Mahama menyifatkan kehilangan nyawa itu sebagai "bencana dan tidak pernah berlaku" ketika beliau meninjau kawasan berkenaan pagi semalam.
Mahama kemudiannya mengumumkan tiga hari berkabung dan bendera dikibarkan separuh tiang selepas operasi menyelamatkan ditamatkan. – Agensi
Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions
0 Komentar untuk "Sekurang-kurangnya 150 maut stesen minyak terbakar di Ghana"