331 disahkan maut dalam insiden kapal karam China

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

331 disahkan maut dalam insiden kapal karam China
6/5/2015 9:58:00 PM

331 disahkan maut dalam insiden kapal karam China

ANGGOTA perubatan siap sedia menunggu untuk mengambil mayat mangsa selepas pasukan menyelamat mengangkat kapal pesiaran yang karam di Sungai Yangtze itu dengan kren besar. – Foto EPA

JIANLI, China: Sejumlah 331 orang disahkan mati selepas pasukan menyelamat mengangkat kapal pesiaran yang karam di Sungai Yangtze itu dengan kren besar, menurut media China.

Hanya 14 daripada 456 orang di atas kapal Eastern Star disahkan selamat apabila ia karam dengan pantas ketika tibut Isnin lalu.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, pihak berkuasa menyatakan angka korban tragedi itu ialah 331 orang pada 8 pagi tadi.

Sebelum ini, Xinhua melaporkan 345 disahkan terkorban tetapi mengubah jumlah itu kepada 331.

Seorang pegawai menyatakan tiada lagi mangsa selamat dijangka ditemui. – AFP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "331 disahkan maut dalam insiden kapal karam China"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info