Pemberontak Yaman serang sempadan Arab Saudi

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Pemberontak Yaman serang sempadan Arab Saudi
6/5/2015 8:57:23 PM

Pemberontak Yaman serang sempadan Arab Saudi

KAWASAN ketenteraan pemberontak Huthi dibedil oleh serangan udara pakatan negara Arab di Sanaa. – Foto Reuters

SANAA: Tentera yang setia dengan bekas presiden Yaman menyerang beberapa lokasi di sempadan Arab Saudi, menurut pakatan yang diketuai Arab Saudi ketika tumpuan diarahkan kepada rundingan damai yang diusahakan PBB di Geneva.

Sementara itu, pemberontak Huthi yang juga sekutu tentera yang setia dengan Ali Abdullah Saleh, mengesahkan mereka akan menghadiri rundingan damai itu yang bertujuan menamatkan perang yang sudah meragut 2,000 nyawa.

Mesyuarat Geneva yang dijadualkan pada 14 Jun adalah usaha yang signifikan bagi menghentikan peperangan itu.

Kerajaan Yaman yang berada dalam buangan di Riyadh juga menyatakan mereka akan menghadiri mesyuarat itu.

Terdahulu, pakatan negara Arab yang melancarkan serangan udara terhadap pemberontak Yaman sejak 10 minggu lalu, melaporkan serangan darat terbaru terhadap wilayah Arab Saudi.

"Tentera Arab Saudi hari ini menangkis serangan dari Yaman yang menyasarkan beberapa lokasi di Jazan dan Najran," menurut kenyataan pakatan itu yang disiarkan Saudi Press Agency, merujuk kepada dua daerah sempadan Arab Saudi. – AFP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pemberontak Yaman serang sempadan Arab Saudi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info