1,524 terima darjah kebesaran Persekutuan

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

1,524 terima darjah kebesaran Persekutuan
6/5/2015 9:58:34 PM

1,524 terima darjah kebesaran Persekutuan

PUTRAJAYA: Dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Zainun Ali antara 1,524 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2015 sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini.

Abu Samah dan Zainun antara 24 penerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Antara penerima lain, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Farida Mohd Ali; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Dr Ong Hong Peng dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria.

Turut dikurniakan PSM, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Datuk Haili Dolhan; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib; Pengerusi UNITAB Medic Sdn Bhd, Tengku Abdullah Almarhum Sultan Abu Bakar; Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara, Datuk Oh Siew Nam dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Zainal Dahalan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Seri Abd Wahab Maskan; Ketua Pegawai Eksekutif Jesselton Waterfront Holdings Sdn Bhd, Datuk Chu Sui Kiong; Pengasas NV Multi Corporation Bhd, Datuk Kong Hon Kong; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Syarikat Phyto Science Sdn Bhd, Datuk Seri Lai Teck Peng dan Pengarah Urusan LBS Bina Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Lim Hock San.

Penerima PSM lain, Presiden dan Penasihat Kumpulan Syarikat BHL, Datuk Seri Lim Huah Leong; Pengerusi Eksekutif Malaysian Allied Health Sciences Academy Sdn Bhd, (MAHSA), Datuk Prof Dr Mohamed Haniffa Abdullah.

Pengerusi Eksekutif A&M Realty Bhd, Datuk Ir Ng Boon Thong @ Ng Thian Hock, Penasihat Korporat KPJ Healthcare Bhd, Datin Paduka Siti Sa'diah Sh Bakir dan Pengarah See Hoy Chan Holdings Group, Datuk Dr Teo Chiang Liang.

Selain itu, PSM turut dianugerahkan kepada Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad; Ahli Biro Politik UMNO Pusat/Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra, Datuk Seri Alies Anor Abdul; Naib Presiden MIC, Datuk Balakrishnan V Sinnayah dan Bendahari Agung MCA, Datuk Seri Kuan Peng Ching.

Sebanyak 52 individu dikurniakan anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk antaranya Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (PDRM), Datuk Seri Mortadza Nazarene.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PDRM), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Prof Dr Noor Azlan Ghazali.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Lok Yim Pheng; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Dr Wong Lai Sum; Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd (Mhd) Amin Nordin Abd Aziz.

Empat individu dikurniakan anugerah Panglima Setia Diraja (PSD) yang turut membawa gelaran Datuk, antaranya ialah Setiausaha Bahagian Istiadat dan Urus setia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri, Kamis Samin; Setiausaha Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri, Mariam Kholidah Zulkifi.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dan Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan, Mej Jen Datuk Azizan Md Delin.

Seramai 36 individu menerima anugerah Johan Mangku Negara (JMN), antaranya Pengarah Komponen Pertahanan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (EssCOM), Mej Jen Datuk Masrani Paiman.

Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Datuk Zaitun Ab Samad; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman; Pengarah Kanan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, Amirudin Abd Rahman dan Naib Pengerusi II Parti Makkal Sakti, V Gopala Krishnan.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan Kementerian Kewangan, Abd Wahid Ahmad antara 90 penerima anugerah Johan Setia Mahkota (JSM).

Anugerah Johan Setia Diraja (JSD) pula dikurniakan kepada Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela Bahagian Istiadat Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini.

Bagi anugerah Kesatria Mangku Negara (KMN) seramai 256 orang terpilih dan antaranya Konsul Malaysia ke Jeddah, Arab Saudi, Mohd Khalid Abbasi Abd Razak Khan Abbasi; Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian GST) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Posiah Abu dan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang.

Selain itu, anugerah Kesatria Setia Diraja (KSD) dianugerahkan kepada tiga penerima termasuk Haslinda @ Azlina Mohammad Tajudin, Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Istiadat dan Protokal Bahagian Istiadat dan Urus setia Persidangan Antarabangsa.

Sementara itu, 411 menerima anugerah Ahli Mangku Negara (AMN), antaranya atlet olahraga negara, Mohd Jironi Riduan, yang memenangi dua pingat emas dalam acara 800 meter dan 1,500 meter pada Sukan SEA ke-27 di Naypitaw, Myanmar.

Seramai 585 individu pula menerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 62 orang lagi disenaraikan sebagai penerima anugerah Bentara Setia Diraja (BSD). – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "1,524 terima darjah kebesaran Persekutuan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info