17 pendaki belum dapat dikesan – Polis

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

17 pendaki belum dapat dikesan – Polis
6/5/2015 10:02:47 PM

17 pendaki belum dapat dikesan – Polis

MOHD Farhan (dua dari kanan) ketika mengadakan sidang media berhubung perkembangan operasi menyelamat mangsa di Gunung Kinabalu, di sini hari ini. – Foto Willie Jude Junaidi

RANAU: Polis mengesahkan ada 17 lagi mangsa gempa bumi yang masih belum dapat dikesan di Gunung Kinabalu, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata 14 daripada mangsa terbabit adalah pendaki manakala tiga lagi malim gunung.

"Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan sejak jam 5.30 pagi tadi menggunakan dua cara iaitu melalui jalan darat dan bantuan helikopter untuk menghantar pasukan bantuan ke lokasi sasaran.

"Operasi pencarian lebih tertumpu di Kilometer 6.5 hingga 7.5 iaitu dari kawasan Laban Rata ke Sayat-Sayat dan pihak kami juga tidak menolak kemungkinan kebanyakan mangsa yang hilang adalah pendaki di laluan Via Ferrata," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Mohd Farhan juga mengesahkan antara mangsa yang masih belum ditemui ialah sembilan warga Singapura, seorang warga Jepun dan tiga malim gunung tempatan.

Dalam perkembangan lain, beliau mengesahkan dua mangsa yang meninggal dunia malam tadi ialah malim gunung, Robi Satinggi, 30, dan pendaki wanita yang juga pelajar warga Singapura, Wee Wing Ping Peony, 12.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "17 pendaki belum dapat dikesan – Polis"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info