Sukan SEA: Skuad bola jaring Malaysia belasah Filipina 112-11

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Sukan SEA: Skuad bola jaring Malaysia belasah Filipina 112-11
6/1/2015 4:27:28 PM

Sukan SEA: Skuad bola jaring Malaysia belasah Filipina 112-11

PEMAIN bola jaring Malaysia, Izyan Syazana Wazir (dua dari kanan) berebut bola dengan pemain Filipina, Kristine Marie di Sukan SEA ke-28 Singapura di OCBC Arena, Singapura. Malaysia menewaskan Filipina 112-12. – Foto Hairul Anuar Abd Rahim

SINGAPURA: Skuad bola jaring negara meneruskan kejayaan besar dengan meraih kemenangan luar jangkaan dengan membenam Filipina 112-11 pada perlawanan kedua saingan Sukan SEA Singapura, di sini hari ini.

Pasukan bimbingan Aminah Saari itu bermula dengan langkah bergaya apabila mendahului Filipina 32-1 pada suku pertama permainan dan menambah 29 mata berbanding dua mata oleh Filipina di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura.

Selepas rehat, pasukan negara menambah 27 mata pada suku ketiga diikuti 24 mata pada suku terakhir.

Filipina pula sekadar meraih dua dan enam mata pada suku ketiga dan keempat.

Aminah berkata pasukan negara mempamerkan prestasi konsisten dalam dua perlawanan yang berlangsung secara liga iaitu menewaskan Myanmar 84-22 pada perlawanan pembukaan semalam.

"Malaysia beruntung dalam dua perlawanan setakat ini, skuad negara bertemu pasukan kurang berpengalaman. Tetapi esok kita akan berjumpa musuh tradisi, Singapura.

"Perlawanan sebenar akan berlangsung esok… jadi pemain perlu fokus," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas ialah pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur iaitu penampilan terakhir skuad negara di Sukan SEA. – Bernama

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Sukan SEA: Skuad bola jaring Malaysia belasah Filipina 112-11"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info