Saiful Tarik Balik Saman RM50 Juta Terhadap Anwar

 

 

Siakap Keli News

Saiful Tarik Balik Saman RM50 Juta Terhadap Anwar
5/31/2015 9:19:00 PM


KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menarik balik saman RM50 juta yang dikemukakan terhadap Ketua Umum PKR itu.
Saiful sebelum ini membuat tuntutan itu selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan terpaksa menanggung penderitaan mental sejak 2008 akibat diliwat oleh Anwar.
Anwar, selaku defendan menuduh Saiful berbohong dalam laporan polisnya dan menyifatkan ia sebagai fitnah dan konspirasi untuk menjatuhkannya. 
Dalam tuntutannya juga, Saiful mendakwa Anwar bertanggungjawab ke atas segala kehilangan dan kerosakan yang terpaksa ditanggung plaintif akibat perbuatan itu.
Sehubungan itu, beliau memohon ganti rugi RM50 juta untuk ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, pasukan peguam Anwar, Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamaruddin berkata, pengumuman pembatalan itu disampaikan peguam Saiful, Zamri Idrus kepada hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan semasa pengurusan kes pagi ini.

"Tiada sebab diberikan bagi penarikan balik itu. Hakim kemudiannya membatalkan saman itu," katanya memetik The Malaysian Insider.


Mereka menyifatkan tindakan itu sekaligus membuktikan Anwar tidak bersalah atas tuduhan liwat berkenaan.

Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Februari lalu, Anwar kini menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat Saiful dalam beberapa kejadian pada tahun 2008. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Saiful Tarik Balik Saman RM50 Juta Terhadap Anwar"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info