Saham KL ditutup bercampur-campur

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Saham KL ditutup bercampur-campur
6/2/2015 10:20:32 AM

Saham KL ditutup bercampur-campur

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur apabila jualan minit-minit akhir dalam saham wajaran tinggi terpilih mengehadkan kenaikan. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur apabila jualan minit-minit akhir dalam saham wajaran tinggi terpilih mengehadkan kenaikan, kata para peniaga.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.04 mata kepada 1,741.37 selepas berlegar antara 1,736.57 dan 1,746.49 sepanjang hari dagangan.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 571 berbanding 262 manakala 280 kaunter tidak berubah, 698 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.73 bilion unit bernilai RM2.15 bilion, daripada 1.61 bilion unit bernilai RM1.81 bilion yang dicatatkan pada Isnin.

Seorang peniaga berkata kebanyakan bursa serantau lemah berikutan keadaan ekonomi tidak menentu termasuk penurunan indeks harga pengguna di Thailand yang mencetuskan kebimbangan tentang prospek kadar faedahnya.

Di Singapura, para pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman pengeluaran pembuatan Mei selepas data April menunjukkan penurunan ke paras terendah dalam tempoh lebih dua tahun.

Sementara itu, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, The Nomad Group mengumumkan sahamnya akan digantung bermula 9 pagi pada 18 Jun, 2015.

Saham syarikat itu turun empat sen hari ini untuk ditutup kepada RM1 dengan 52,000 saham bertukar tangan.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.18 bilion saham bernilai RM1.99 bilion, daripada 919.39 juta saham bernilai RM1.63 bilion, yang dicatatkan pada Isnin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 377.17 juta saham bernilai RM109.14 juta daripada 536.67 juta saham bernilai RM135.06 juta, yang dicatatkan sebelumnya. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Saham KL ditutup bercampur-campur"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info