Azalina dilantik Pengerusi FINAS

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Azalina dilantik Pengerusi FINAS
6/2/2015 10:51:08 AM

Azalina dilantik Pengerusi FINAS

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, dilantik Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berkuat kuasa semalam.

Bekas menteri itu menggantikan Datuk Md Afendi Hamdan yang memegang jawatan itu dari 1 September 2011 hingga 31 Januari lalu.

Ketua Pengarah FINAS, Datuk Kamil Othman, berkata pelantikan Azalina menaikkan semangat penggiat industri untuk membawa produk tempatan ke persada dunia.

"Azalina adalah calon yang tepat dalam usaha FINAS melaksanakan penstrukturan semula perbadanan ini.

"Saya melihat FINAS akan memperoleh banyak manfaat daripada pengalaman Azalina sebagai ahli politik. Beliau pernah menjadi penerbit dan penggemar filem tempatan dan luar negara," katanya.

Kamil ditemui pada majlis pembentangan projek filem animasi, Kings of Shadows terbitan Film Point Sdn Bhd di Pusat Pembentangan Industri Kandungan Kreatif di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kamil berkata, FINAS yang dalam proses meminda Akta FINAS 1981 (Pindaan 1984) melihat kewibawaan Azalina mampu menyelesaikan banyak isu industri yang tertunggak.

"Akta FINAS 1981 yang memperuntukkan perkataan 'filem' tidak lagi sesuai diguna pakai pada era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kami dalam proses menukar istilah 'filem' kepada 'kandungan'," katanya.

"FINAS juga dalam proses penstrukturan semula untuk menjadikan perbadanan sebagai industri kandungan filem. Kedatangan Azalina adalah pada masa yang tepat," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Azalina dilantik Pengerusi FINAS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info