Tak Tunduk Pada Tekanan, Najib Turun Padang Jumpa Rakyat

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Tak Tunduk Pada Tekanan, Najib Turun Padang Jumpa Rakyat
5/27/2015 11:45:52 PM

Walaupun diasak segelintir pihak untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, nampaknya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan akur dan tetap bangkit mempertahankan kedudukannya sebagai teraju kepimpinan negara.

Jadual beliau dijangka akan penuh dengan pelbagai aktiviti kerana bakal menjelajah ke seluruh negara bagi menyampaikan amanat penting itu kepada rakyat.

BERKAITAN: Datuk Seri Najib Persoal Motif Tun M

Memetik laporan MStar, Najib akan mengunjungi Perlis hujung minggu ini dan bertemu dengan pemimpin UMNO dan bakal menghadiri majlis makan malam di Dewan Wawasan 2020 di Kangar untuk menyampaikan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia.

Sebelum ini, Najib telah membuat beberapa lawatan, antaranya di Kota Belud, Tawau, Johor Bahru, Gopeng dan Pekan.

FW396336_SB01_100515_PM-lpr

Beliau dilaporkan menggunakan kesempatan tersebut bagi mendekatkan diri dengan penduduk setempat dan menerangkan sendiri tentang isu-isu semasa serta dasar-dasar kerajaan.

Selain itu, platform tersebut digunakannya bagi menjelaskan kontroversi yang menyelubungi pentadbirannya, seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian tanah milik Tun Razak Exchange oleh Tabung Haji dan BR1M.

Najib Jawab Isu GST, Jet Dan Cincin RM24 Juta Rosmah

Menurut seorang pemimpin UMNO di Johor, sambutan baik yang diterima Najib ketika membuat kunjungan ke negeri paling selatan di semenanjung itu membuktikan bahawa beliau masih popular dalam kalangan rakyat.

"Mereka datang untuk mendengar sendiri penjelasan terhadap isu-isu yang berlaku. Apa pun, Najib perlu berdiri dan membela dirinya. Beliau juga perlu meyakinkan rakyat bahawa beliau komited untuk menyelesaikan isu-isu yang telah dibangkitkan."

Ketika ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu paling lantang mengkritik kepimpinan Najib dan mendesak supaya Ahli Parlimen Pekan itu melepaskan jawatannya.

Pihak pembangkang pula menggunakan isu panas seperti 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai subjek menghentam Najib serta kabinetnya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

PM Tak Tunduk Desakan Untuk Lepas Jawatan

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tak Tunduk Pada Tekanan, Najib Turun Padang Jumpa Rakyat"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info