Akibat Jalin Hubungan Sulit, Isteri Ditikam 20 Kali

 

 

Siakap Keli News

Akibat Jalin Hubungan Sulit, Isteri Ditikam 20 Kali
5/26/2015 12:43:00 AM

Hanya kerana terbawa perasaan cemburu, Theresa Tuley ditikam suaminya bertubi-tubi sebanyak 20 kali di hadapan anaknya.
Ketika kejadian, Theresa cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran suaminya, Andrew yang cuba memecah masuk rumah mereka pada awal pagi, di Blackpool, England.
Bagaimanapun Andrew pantas mengejar dan menyerang isterinya di laman sebuah rumah jiran mereka, demikian dilaporkan Mirror.UK.
Jeritan Theresa yang kesakitan akibat ditikam disedari dua anaknya yang sedang tidur pada waktu itu.
Meskipun mengalami cedera teruk akibat tikaman berulang kali di muka, leher, belakang badan hingga menyebabkan cedera teruk di bahagian 'larinks', Theresa berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan selama lima jam.
Motif serangan tersebut disebabkan Andrew tidak dapat menerima hakikat bahawa Theresa mempunyai hubungan sulit apatah lagi hubungan suami isteri itu semakin renggang.
Andrew bagaimanapun dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun selepas mengaku bersalah cuba membunuh isterinya. -Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Akibat Jalin Hubungan Sulit, Isteri Ditikam 20 Kali"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info