Tuanku Zara Nasihati Graduan UPSI Amal Budaya Terima Kasih

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Tuanku Zara Nasihati Graduan UPSI Amal Budaya Terima Kasih
6/2/2015 9:40:39 AM

TANJUNG MALIM – Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diminta mencerminkan rasa kesyukuran dengan mengamalkan budaya berterima kasih kepada pihak yang telah membolehkan mereka mencapai kejayaan hari ini.

Bertitah pada majlis konvokesyen ke-17 di sini hari ini, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, yang juga Canselor UPSI, menegaskan kejayaan yang dihasilkan itu adalah melalui peranan dan usaha secara kolektif oleh pelbagai pihak.

Ia merangkumi tenaga pengajar, kaum keluarga yang sentiasa memberikan sokongan moral dan material, dasar pendidikan negara serta infrastruktur pendidikan yang disediakan oleh negara, titah baginda.

"Kejayaan memperoleh ijazah adalah hasil daripada semangat kesungguhan dan komitmen guru untuk meneruskan usaha melakukan penerokaan ke alam ilmu pengetahuan yang lebih luas.

"Semangat yang ditunjukkan ini telah memenuhi hasrat negara untuk menyemai dalam kalangan warga, budaya pembelajaran berterusan dan pengajian sepanjang hayat," titah baginda.

UPSI telah berjaya memenuhi peranan penubuhannya untuk menghasilkan graduan pendidikan dalam pelbagai disiplin ilmu untuk memenuhi keperluan negara, titahnya.

Tuanku Zara bertitah UPSI kini sedang giat berusaha untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam bidang pendidikan dan latihan perguruan tinggi dengan meningkatkan bilangan kemasukan pelajar antarabangsa.

"UPSI sedang meningkatkan jaringan kerjasama dengan universiti luar negara melalui pemasaran program pengajian, penghasilan penyelidikan berkualiti serta penulisan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi," titah baginda.

Sebanyak 7,123 graduan menerima ijazah dan diploma pada istiadat konvokesyen pertam selama empat hari itu manakala 5,202 graduan akan menerima ijazah dan diploma pada sidang kedua dari 24 hingga 26 Nov ini. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Tuanku Zara Nasihati Graduan UPSI Amal Budaya Terima Kasih"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info