Harga minyak naik menjelang mesyuarat OPEC

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Harga minyak naik menjelang mesyuarat OPEC
6/2/2015 8:15:06 AM

Harga minyak naik menjelang mesyuarat OPEC

A flag flies outside of the Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) headquarters in Vienna, Austria, on Thursday, Jan. 31, 2008. OPEC President Chakib Khelil said there's no need to increase or cut oil production quotas at a meeting tomorrow in Vienna, siding with other oil ministers that have suggested maintaining current targets after prices fell this month. Photographer: Suzanne Plunkett/Bloomberg News

LONDON: Harga minyak naik hari ini berikutan penyusutan dolar dan jangkaan OPEC akan mengekalkan kadar pengeluaran semasa.

Dolar AS jatuh berbanding euro dan beberapa mata wang utama lain, menjadikan minyak lebih murah di Eropah dan pemegang mata wang selain dolar.

Kontrak Brent bagi penghantaran Julai naik 70 cents pada AS$65.58 pada awal urus niaga di Eropah manakala kontrak AS, West Texas Intermediate (WTI) naik 70 cents kepada AS$60.90 setong.

Menteri-menteri OPEC, kartel yang menguasai lebih satu pertiga pengeluaran minyak dunia akan bermesyuarat Jumaat ini di Vienna untuk memutuskan paras pengeluaran untuk tempoh enam bulan akan datang.

OPEC kini mengeluarkan tambahan dua juta tong sehari berbanding permintaan semasa, tetapi penganalisis menjangkakan permintaan akan meningkat sekali gus membantu menyeimbangkan pasaran.

Menteri Minyak Saudi, Ali al-Naimi, berkata beliau mengunjurkan permintaan minyak akan meningkat mulai separuh kedua tahun ini manakala bekalan menyusut.

"Permintaan sedang meningkat. Baik! Bekalan semakin menyusut. Ini adalah fakta. Anda boleh tengok, saya tidak tertekan, malah gembira," katanya merujuk kepada kejayaan strategi negara itu mempertahankan bahagian pasaran berbanding pengeluar minyak syal. – Reuters

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Harga minyak naik menjelang mesyuarat OPEC"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info