MYNEWSHUB |
Berita Online Terhangat Malaysia |
PKR Mahu Teruskan Pakatan Rakyat
6/7/2015 10:03:30 PM
KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terus berpegang kepada pakatan rakyat, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Menurutnya, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi membincangkan keadaan terkini politik tanah air hari ini.
"PKR bertekad dan istiqamah untuk terus perjuangkan harapan rakyat berlandaskan kerangka pakatan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, kata Fahmi, PKR akan menerajui usaha mempertahankan aspirasi pakatan rakyat.
Katanya, pimpinan PKR akan berunding dengan pimpinan PAS dan DAP mengenai perkara itu dalam masa terdekat. – Mynewshub.cc
Komen
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PKR Mahu Teruskan Pakatan Rakyat"